Monday, August 31, 2009

Di sebalik terciptanya perempuan dari rusuk lelaki




Pernah suatu ketika, aku terdengar seseorang berkata begini... "Kenapa diciptakan Hawa daripada tulang rusuk Adam?Kenapa tidak tulang bahu?Tangan, Kaki?" Dan yang berkata itu adalah seorang perempuan...iskk...sedihnya...ada juga perempuan yang tak tau simbolik setiap kejadian yang diciptakan Allah.Setiap yang diciptakanNya itu banyak makna tersirat dan simbolik dan kerana itu setiap yang Dia ingin ciptakan maka akan terciptalah... Tapi itu semua buat aku terfikir.Kenapa Allah ciptakan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam.Ada sesetengah meriwayatkan rusuk kiri.Tapi pernahkah semua wanita dalam dunia ini memikirkannya? Simboliknya disini ialah... Allah tidak memilih tulang tengkorak atau bahu, simboliknya perempuan itu bukanlah untuk lelaki sembah atau di julang-julang.Di junjung dan diagung-agungkan. Pun begitu, Allah tidak memilih untuk diciptakan Hawa daripada tulang kaki kerana letaknya perempuan bukanlah dibawah kaki lelaki.Bukanlah jua untuk diperhambakan.Dihina dan dikasari. Tetapi Allah memilih tulang rusuk (ada yang meriwayatkan dari rusuk sebelah kiri Adam) kerana berdekatan dengan rusuk, adalah tangan.Simboliknya, perempuan itu haruslah lelaki lindungi.Paling penting sekali, kedudukan seorang perempuan adalah disisi seorang lelaki.Bukan di atas kepala atau dibawah tapak kaki. Berdekatan dengan rusuk juga ada hati.Simboliknya adalah perempuan jugalah penawar segala racun dan yang paling penting sekali, perempuan itu haruslah lelaki cintai. Kerana rusuk adalah bahagian paling sensitif.Simboliknya, perempuan itu tidak boleh lelaki kasari.Kepada semua lelaki, cuba andaikan, ada seseorang memukul rusuk anda.Pasti sakit bukan?Begitu jugalah perempuan.Seperti mana anda pukul, seperti itulah yang dia (perempuan) rasai.Sakit yang mendatangkan dendam, benci dan sebagainya.Tangan lelaki sebenarnya berbisa. Dan kerana, berdekatan dengan rusuk itu banyak organ-organ penting.Simboliknya, kalau tak ada 'rusuk' tidaklah teguh dan lengkap dalam kehidupan lelaki.Lelaki dan perempuan diciptakan berpasangan dan saling memerlukan.Jangan pernah berkata, No Woman No Cry.Hakikatnya yang sebenar, lelaki perlukan perempuan dan perempuan perlukan lelaki untuk hidup. Hakikat cinta yang sejati itu ialah apabila kita berasa dekat di hati.Biar pun kedudukan rusuk itu jauh dengan mata tetapi rusuk itu sangat hampir dengan hati.Kita merasai kewujudannya.Kita menghela dan menghembus nafas seirama. Adalah tidak adil apabila perempuan itu dikasari, dihina, diagung-agung dan dilupakan.Pun begitu, kepada kaum Hawa, harapnya tiadalah pertikaian sebegini hendaknya.Tak usahlah dipertikaikan lelaki itu..lelaki ini...perempuan itu...perempuan ini...Kita semua sama dan diciptakan atas dasar cinta dan kasih. Paling penting sekali, jangan mempertikaikan setiap kejadian Tuhan.Walau sehebat mana anda (perempuan) sekali pun, letaknya adalah disisi seorang lelaki.Bukan diatas kepala atau dibawah kaki. hurmmmm...... hebatkan ciptaan Tuhan... Hargai la insan yg bergelar perempuan. ibu n isteri seorg perempuan... jgn seksa hati n perasaan seorg perempuan


...Adik

in MALAY
" Assalamualaikum. .. > kasih sayang yg tak berpenghujung. .. .. > > > Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. > Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan > anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. > > Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia > meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan > panjang sedepa di tangan ayah. > > "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. > > Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua > kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. > > "Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat > tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. > > Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya > sambil berkata, "Saya yang ambil!" > > Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, > hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah > kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik > tak tumpah. > > Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: > > "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan > kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" > > Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang > berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. > Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. > > Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang > takut berkata benar. > > Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu > berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" > > Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. > > Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku > bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah > berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat > pra-universiti. > > Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di > ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang > dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" > > "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. > > "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" > > Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. > "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" > > Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung > wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. > > Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu > aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. > > "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan > kamu, ayah akan lakukan!" > > "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa > keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu > minyak pada pipinya yang bengkak. > > "Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti." > > Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa > bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat > dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... . > > "Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja > dan akan kirim wang buat akak." > > Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup > kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. > > Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda > kampung tunggu kau kat luar!" > > "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" > > Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan > pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang > kampung, sebutlah adik yang datang!" > > Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang > akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" > > Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup > tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas > bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. > > Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa > orang lain kata." > > Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia > mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis > pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." > > Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya > dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. > > Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku > lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. > > "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." > > "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." > > Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. > > "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. > > "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan > serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. > > Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja > keras." > > Apalagi...aku menangis seperti selalu. > > Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan > menawarkan jawatan pengurus kepada adik. > > "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. > > "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik > ada." > > "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. > > "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan > kesedihannya. > > Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah > tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara > majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" > > Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas > menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.. > > "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke > sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai > kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia > berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah > sebab tertikam tunggul dan calar-balar. " > > "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja > demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai > bila-bila." > > Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik > sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. > > > > Ya Allah Ya Tuhanku....aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini..."

Tolong Beritahu Si Dia


in MALAY...

"Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…"

The five most effective yet effortless strategies for totally transforming your health for the better…


This breakthrough health guide is based on our health strategies survey involving 763 participants. Each person ranked the effort for each of 100 different health strategies. We combined those results with research on the effectiveness of each of these 100 strategies to create an "effort vs. effectiveness" grid for these 100 different health strategies.
Why is this interesting to you? Because out of 100 different health strategies (such as buying all organic product, exercising 30 minutes a day, avoiding all sugar in your diet, and so on), we were able to identify the five most effective, yet effortless strategies for transforming your health! These five strategies deliver the greatest health results with the least amount of relative effort. And the list may surprise you.

This book, The Five Habits of Health Transformation, explores each of the five habits in detail, explaining why they work and how to take advantage of them starting right now. You'll learn where to stop wasting your time focusing on all the wrong strategies and, instead, you'll finally have a roadmap that busy people can use to achieve phenomenal health results in the least amount of time.
In fact, this entire study really comes down to one thing: Health habits for busy people. Because a lot of the popular health information in the media just isn't practical. Who has time to exercise three hours a day? Who has the determination to buy everything organic? Who really has the discpline to avoid all added sugars? Very few people, it turns out. Thank goodness there are better strategies that actually work (and yet are doable by even super-busy people).


In The Five Habits of Health Transformation, you'll learn:
Powerful health transformation strategies that are free of charge and available to everyone right now!
How these five strategies literally replace over two dozen prescription drugs... and why Big Pharma hopes you NEVER learn this!
How one of the most powerful healing strategies of all takes only 5-10 minutes a day and costs NOTHING.
Down-to-earth strategies for taking charge of your health destiny, thumbing your nose at the naysayers, and totally transforming your health one day at a time... with truly stunning results!
The truth of how most people have their health priorities backwards and end up spinning their wheels, focusing on the wrong actions.
Why certain corporations have been telling you lies about health strategy #1 (hint: it makes their expensive, overpriced products irrelevant, but saves you a bundle!).
Revealed: the truth about exercise. Yes, it's great for you, but you don't need nearly as much as some health experts demand...
Why and how these strategies will enhance your energy, boost immune system function, prevent over a dozen chronic diseases and actually help REVERSE many chronic disorders.
How to use one of these five strategies to rebuild the healthy nervous sytem you deserve (your memory, cognitive function, moods and learning abilities will skyrocket!).
How the study of human ancestry points directly to one of the most powerful healing strategies of all. It's built right into your DNA, yet all the so-called health "experts" have convinced you to suppress these healing mechanisms that are present, right now, in your own body. I'll show you how to activate them in mere minutes.
Why doctors are too quick to label you as having a "disease" when, in fact, you may be merely demonstrating the obvious side effects caused by readily identifiable nutritional deficiencies. I'll show you what to look for and how to correct these simple deficiencies at little or no cost.
Revealed: the truth about dairy products, and whey they are NOT a good source of nutrition or supplemental calcium. In fact, unless you follow health transformation strategy #1, you can drink all the milk in the world and still not have stronger bones!
Why asthma is nearly always a misdiagnosis. I'll show you the TRUE causes of asthma and give you two simple strategies that cause asthma to simply vanish.
The jaw-dropping truth of why a hospital is one of the most dangerous places you can be -- and how hospitals are unintentionally designed in precisely a way that slows healing and promotes disease in patients.
Revealed: the one common nutritive substance that's almost never consumed in sufficient quantities. If you lack this, you'll suffer from asthma, high blood pressure, bowel disorders, joint pain and may even set yourself up for diabetes.
The truth about the modern food supply and how trying to get good nutrition from "three balanced meals a day" is impossible. I'll show you what to do instead!
The real reason you'll never see these health strategies heavily promoted (hint: they don't make any money for greedy corporations...)
Why many so-called "physical deformities" diagnosed by surgeons are, in fact, just dehydrated organs. Follow health transformation strategy #2 and these physical deformities simply disappear, revealing healthy, fully-shaped organs. (Mitral valve prolapse, for example, is almost always misdiagnosed in this manner...)
How to prevent arthritis pain with a common substance you probably have in your house right now.
The disturbing truth of how certain classes of prescription drugs actually fight against your body's own wisdom, stripping you of an essential element and leaving you even more diseased than before.
Which natural foods have the highest nutrient density versus foods that may be great for calories, but a nutritional letdown. (Some of these are vegetables!)
Medical myths exposed! Why you should never try to reduce the swelling of tissue injuries (and other bits of health wisdom your doctor doesn't know...)
How and why the Coca-Cola company actually waged a well-organized campaign to try to prevent people from drinking water. It was called, "Just say no to H2O!"
Revealed: the #1 cause of reduced lifespan (and it has nothing to do with what you eat, drink or smoke...)
Details on how certain emotional states actually harm your physical health and strip your body of necessary nutrition.
How five minutes a day of practicing health habit #3 can generate literally $50,000 worth of healthy brain chemicals that lift your mood, boost immune function and fight disease.
Why organized medicine still only recognizes two of the three levels of medicine. The third level is revealed in health strategy #3, along with practical advice for putting it to use in your own life!
Four simple ways to improve the healing vibe of your your work or home environment.
The dirty little secret of food processing companies, and why they don't want you to know what's actually REMOVED from their foods!
Why certain nutritional supplements are essential for peak human health: I'll show you what really works and where to get it (hint: this goes way beyond basic vitamins and minerals...)
Raw foods pitfall: why you'll never get sufficient nutrition if you eat too many raw fruits and vegetables. I'll reveal how to boost the density of whole food nutrients, giving your body a dose of medicinal foods that literally prevent chronic disease.
Names and website addresses of eight nutritional supplement companies you absolutely need to know about. These companies provide the most potent, cost-effective products on the market. I'll tell you why they're better, and how to get them. (And, no, I don't make a dime on any products mentioned in this book.)
Why taking a daily multivitamin provides nowhere near the level of nutrition your body craves. I'll show you how to go beyond multivitamins and deliver lifesaving nutrition to every cell in your body.
How to reprioritize your life to put what matters most at the top of your list: YOU! I'll show you how to determine what priorities really matter and how to GO FOR IT each day, aided by these five powerful health transformation strategies.
The keys to exercise success: how to engage in what I call "bite-sized exercise" to achieve steady progress while minimizing pain, discomfort and time investment.
Why it's critical to stop poisoning your body with toxic food ingredients if you truly wish to transform your health. I'll give you the straight story on foods that are making you sick. ... and much more.

Sekadar renungan..


in MALAY....

Biler kiter syg org tuKiter terima jer apa yg org tu kataTp biler kata dia?Ati kate takper manusia tak perfectBiler kiter syg org tuKita tnggu dia lame pn x perTp biler dia tnggu kiter???dia mrh2Ati kate ala, adatlah ada yang mnnunggu n dtngguBiler kiter syg org tuKiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn,Tp biler kite bosanAda dia lyn kiter?Ati kate x pe dia busy kottBiler kiter syg org tuKita gdh ngan dia, kita diam jeTp dia heboh 1 dniaAti kate x pe, dia tension tuuBiler kiter syg org tuKita call nak ckp ngan diaTp dia gayut dgn org lennBiler jd cm2,Ati kata, x pe, die ade hal nk cakap dgn kwn dieBiler kiter syg org tuKita bercerita dgn dia,citer ngan tunggul lg baikTp biler dia bercerita ngan kitaKita dgr, sepatah2 kite ingtAti kata x pe syg katakn…Biler kiter syg org tuKita n dia lprTp kiter bg sume roti kita kat diaAti kata, ala jagalh ati dia, sian dia….Biler kiter syg org tuKiter sanggup bg dia rest biler dia letih,Tp biler kita letih, dia srh jugak kiter lyn dia bila dia bsnAdil ker?Ati kata, ala bukan selalu pun..Biler kiter syg org tuKita jadi cam org giler dgr dia sakit,Tp biler kita sakit,Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan hari kesakitan kita,Ati kata, ala x pe, x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jamBiler kiter syg org tuKita x prnh pntingkan diri sndriTp dia hpokrit thp gabanAti kata x per, dia mmg cm2 kene lah trima..Biler kiter syg org tuKiter syg nk tngglkn dia slama2nyaTp dia x tahu kiter berdpn dgn maut,Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit bese2 jer, jgn nk mngarutAti kata, cmnelah dia biler kiter x de, msti dia hepiBiler kiter syg org tuKiter x snggp tngk dia deritaTp dia x prnh hargai diri kiter,Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia??????????Biler kiter syg org tuKiter snggup tngglkn dia selama2nya untk dia bhgiaTp adkh dia tahu pngrbnn kiter??Ati kata, x pe, janji dia bhgia ...

The Aqaba Project



INTRODUCTION
Donald Whitcomb, Research Associate (Associate Professor) is director of the Islamic Project at Aqaba, Jordan. There have been six field seasons at Aqaba (1986-93). The excavations at Aqaba constitute a major contribution to the little developed field of Islamic archaeology, including medieval Islamic town planning and both economic and political history. A notable aspect of this project is the close cooperation Whitcomb has established with local development and tourist departments; the excavated town is now preserved as a local tourist attraction with a visitor center and a small museum, designed and constructed with Whitcomb's participation using USAID funds. To date the project has been funded by USAID, the National Geographic Society, and private gifts.
Whitcomb's previous excavations at Islamic Luxor and at an important trading port on the Egyptian Red Sea coast have established his reputation as a leading figure in Islamic archaeology.

Try to motivated YOURSELF...

" Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup… Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu… Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi… Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya… Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal… Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……"


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Porsche Cars. Powered by Blogger